ABADI


MOHD ABADI BIN AMIR, dilahirkan pada tanggal 08 Ogos, 1973 (Rabu) bersamaan 9 Rejab 1393H di Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Menerima pendidikan awal darjah 1 hingga 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan 2 Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor (1979) dan Sekolah Rendah Agama KKB. Kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di Sekolah Agama Menengah Hishamuddin Sg Bertih Klang (1986-1988) dan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Agama (SPA JAIS) di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam(SAMTTAJ) (1989-1991) kemudian menyambung di peringkat STPM dan Sijil Tinggi Khas Agama daripada Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (KISAS) (1991-1992). Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya (1993-1998). Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial 1998 pengkhususan dalam bidang Pengajian Islam.

Terlibat aktif dalam aktiviti persatuan pelajar di Universiti Malaya Kuala Lumpur, (1993-1998) dan pernah menjawat sebagai salah seorang Exco (Penerbitan) dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau juga terlibat aktif di dalam hampir keseluruhan aktiviti PMIUM. Antara program yang menjadi kenangan ialah Program Operasi Khidmat Masyarakat Orang Asli (OPKIM) di perkampungan orang asli  Kuala Kerling Hulu Selangor ketika tahun pertama dan lain-lain program. Di peringkat Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya (ASTAR), beliau dilantik sebagai Pengerusi JKP Kerohanian Dan Adab Sopan serta Ahli Jawatankuasa Induk Kolej ASTAR. Turut terlibat bersama Persatuan Anak Negeri Selangor (PERMAS) serta Persatuan Anak Negeri Pahang sebagai peserta beberapa program. Pernah tercalon bertanding dalam Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya di peringkat Kampus mewakili NADI pada tahun 1996 dengan no. pencalonan K12.
Beliau juga telah mendapat Kebenaran Mengajar dan Tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS) Kategori D1 untuk menyebarkan dakwah dan mendapat Tauliah sebagai Fasilitator @Penceramah bagi Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan (MBKPP) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam bidang Rawatan@Perubatan Secara Islam beliau telah berpengalaman selama hampir 5 tahun di bawah bimbingan Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek yang memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan Teknik pukulan menggunakan ranting pokok nona (refleksologi), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit. Kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat terbukti dengan penglibatan dan perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (http://www.binabudi.wordpress.com/) yang merangka pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dan ilmiah. Beliau juga sebahagian Tenaga Perawat di Pusat Rawatan Islam MANARAH di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau juga menyebarkan dan berdakwah kepada segenap lapisan masyarakat agar menjauhi amalan syirik dalam usaha merawat dan mengubati pelbagai penyakit melalui sesi ceramah dan kuliah di Agensi Kerajaan, swasta, masjid, surau dan lain-lain.

Beliau bergiat aktif dalam masyarakat sebagai Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar di bawah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI). Usaha dan kegigihan beliau dalam pengislahan masyarakat direalisasikan apabila Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah mengembangkan sayap bergerak di seluruh Malaysia dan luar negara (seperti Turki, Mesir, Syria dan lain-lain) dengan sokongan ahli persatuan dalam pelbagai aktiviti berbentuk dakwah, pendidikan dan kemasyarakatan. Ini terbukti dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan seminar, seperti Seminar bersiri Perubatan Islam (SEPIM) yang mendapat sambutan. BUDI telah menganjurkan Seminar Perubatan Islam melebih 20 siri, antaranya yang diadakan di Kaherah Mesir dengan penyertaan 350 orang peserta dan lain-lain.
Beliau juga telah mendapat Kebenaran Mengajar dan Tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kategori D1 untuk menyebarkan dakwah dan mendapat Tauliah sebagai Fasilitator @Penceramah bagi Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan (MBKPP) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam bidang Rawatan@Perubatan Secara Islam beliau telah berpengalaman selama hampir 5 tahun di bawah bimbingan Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek yang memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan Teknik pukulan menggunakan ranting pokok nona (refleksologi), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit. Kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat terbukti dengan penglibatan dan perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (http://www.primanarah.wordpress.com) yang merangka pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dan ilmiah. Beliau juga sebahagian Tenaga Perawat di Pusat Rawatan Islam MANARAH di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau juga menyebarkan dan berdakwah kepada segenap lapisan masyarakat agar menjauhi amalan syirik dalam usaha merawat dan mengubati pelbagai penyakit melalui sesi ceramah dan kuliah di Agensi Kerajaan, swasta, masjid, surau dan lain-lain.
Beliau bergiat aktif dalam masyarakat sebagai Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar di bawah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI). Usaha dan kegigihan beliau dalam pengislahan masyarakat direalisasikan apabila Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah mengembangkan sayap bergerak di seluruh Malaysia dan luar negara (seperti Turki, Mesir, Syria dan lain-lain) dengan sokongan ahli persatuan dalam pelbagai aktiviti berbentuk dakwah, pendidikan dan kemasyarakatan. Ini terbukti dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan seminar, seperti Seminar bersiri Perubatan Islam (SEPIM) yang mendapat sambutan. BUDI telah menganjurkan Seminar Perubatan Islam melebih 20 siri, antaranya yang diadakan di Kaherah Mesir dengan penyertaan 350 orang peserta dan lain-lain.
Dalam bidang Rawatan@Perubatan Secara Islam beliau telah berpengalaman selama hampir 5 tahun di bawah bimbingan Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek yang memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan Teknik pukulan menggunakan ranting pokok nona (refleksologi), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit. Kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat terbukti dengan penglibatan dan perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (http://www.binabudi.wordpress.com) yang merangka pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dan ilmiah. Beliau juga sebahagian Tenaga Perawat di Pusat Rawatan Islam MANARAH di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau juga menyebarkan dan berdakwah kepada segenap lapisan masyarakat agar menjauhi amalan syirik dalam usaha merawat dan mengubati pelbagai penyakit melalui sesi ceramah dan kuliah di Agensi Kerajaan, swasta, masjid, surau dan lain-lain.
Beliau bergiat aktif dalam masyarakat sebagai Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar di bawah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI). Usaha dan kegigihan beliau dalam pengislahan masyarakat direalisasikan apabila Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah mengembangkan sayap bergerak di seluruh Malaysia dan luar negara (seperti Turki, Mesir, Syria dan lain-lain) dengan sokongan ahli persatuan dalam pelbagai aktiviti berbentuk dakwah, pendidikan dan kemasyarakatan. Ini terbukti dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan seminar, seperti Seminar bersiri Perubatan Islam (SEPIM) yang mendapat sambutan. BUDI telah menganjurkan Seminar Perubatan Islam melebih 20 siri, antaranya yang diadakan di Kaherah Mesir dengan penyertaan 350 orang peserta dan lain-lain.
Beliau bergiat aktif dalam masyarakat sebagai Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar di bawah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI). Usaha dan kegigihan beliau dalam pengislahan masyarakat direalisasikan apabila Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah mengembangkan sayap bergerak di seluruh Malaysia dan luar negara (seperti Turki, Mesir, Syria dan lain-lain) dengan sokongan ahli persatuan dalam pelbagai aktiviti berbentuk dakwah, pendidikan dan kemasyarakatan. Ini terbukti dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan seminar, seperti Seminar bersiri Perubatan Islam (SEPIM) yang mendapat sambutan. BUDI telah menganjurkan Seminar Perubatan Islam melebih 20 siri, antaranya yang diadakan di Kaherah Mesir dengan penyertaan 350 orang peserta dan lain-lain.
Ayahanda Allahyarham Hj Amir Bin Sarji @ Hj Hashim telah kembali ke rahmatullah (Hadiahkan pahala bacaan surah al-Fatihah) pada tanggal tanggal 12hb Ogos, 1995 hari Sabtu jam 11.40 pm bersamaan 15 Rabiulawal 1416H di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor ketika berusia 56 tahun. Bonda tercinta Hajjah Rohani binti Hj Majid di lahirkan Mei, 1944 (dilahirkan zaman Jepun dan carian pendaftaran kelahiran secara cabutan sahaja) dan mereka dikurniakan 16 orang cahaya mata, seorang meninggal dunia ketika berumur 18 tahun iaitu allahyarham Ahmad Shahran (hadiahkan pahala bacaan surah al-Fatihah) dan 2 orang ketika dilahirkan atau keguguran. Saya merupakan anak ke 7 daripada 14 orang adik beradik. 6 lelaki dan 8 perempuan, berikut adalah senarai ahli keluarga Usrah Mawaddah mengikut turutan: 
  1. Sulaiman Bukhari, 
  2. Mohd Shahiruddin,
  3. Allahyarham Mohd Shahran 
  4. Najah Raihan, 
  5. Puspawati, 
  6. Mohd Adib, 
  7. Mohd Abadi (saya), 
  8. Hidayah, 
  9. Bazlina, 
  10. Mohd Taufiq, 
  11. Husna Dina, 
  12. Siti Maisarah,
  13. Raudhatul Jannah dan
  14. Jannatul Makwa.
Bersyukur kepada kurniaan Allah mendapat pasangan hidup bersama isteri tercinta Hajjah Noorhana Binti Hj Jasin, setelah diijab kabulkan pada tanggal 02hb Oktober, 1999 (Sabtu) bersamaan 22 Jamadil Akhir 1420H di Lorong Hj Jasin berjiran dengan Masjid Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis Indera Kayangan dan alhamdulillah telah dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 puteri dan seorang putera: 
  1. Aisyah, 24hb September, 2000 (13 tahun),
  2. Ahmad Othman, 24hb Mac, 2002 (11 tahun) dan
  3. Nur Narima, 29hb September, 2006 (8 tahun). 
Alhamdulillah kini bermastautin di Taman Tasik Biru, Kundang, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Sesiapa yang mengenali diri saya boleh hubungi melalui email abadiana@gmail.com atau abadisalam@gmail.com atau hubungi melalui talian telefon atau whatsapp atau telegram 019-451 8873.

Dalam bidang kesenian beliau pernah terlibat dalam rakaman album FAJAR (Sekretariat Pelajar Persatuan Ulama' Malaysia - SPPUM) yang melibatkan gabungan mahasiswa dari UIA, UM dan UTM sekitar tahun 1996-97. Beliau sempat menyumbangkan suara melalui lagu "Memoir Buat Bonda" solo dan suara latar untuk lagu-lagu lain di dalam album tersebut. Untuk mendengar lagu tersebut sila lawati http://wewr.multiply.com/music/item/242.

Pada tahun 1993 beliau berkhidmat sebagai Tenaga Guru Sementara di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah Klang (STAR) sebelum keputusan STPM diumumkan. Pernah dilantik sebagai Guru Ganti (Cuti Semester UM) di Sekolah Agama Menengah Kuala Kubu Bharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sejurus dianugerah Ijazah Serjana Muda daripada Universiti Malaya beliau memohon berkhidmat di Sabha Group, Bangsar (AKRAB) sebagai Pegawai Latihan sekitar tahun 1997 – 1998. Pada tahun 1998 - 2001 beliau berkhidmat dan berguru di Pusat Rawatan Islam Manarah http://www.primanarah.wordpress.com di bawah bimbingan dan didikan YBhg Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Pada November tahun 2001 beliau dilantik menjadi secara kontrak sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan telah dilantik menjadi Timbalan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk pada tahun 2002 dan beliau telah dikurniakan anugerah Wali Raja dan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk daripada DYMM Sultan Selangor pada akhir tahun 2004 hingga 2007, dan bermula April 2007, beliau telah berpindah ke Lembaga Zakat Selangor sebagai Pegawai Zakat (Khidmat Pelanggan) hingga April 2008. Mei 2008 hingga Februari, 2013 telah di amanahkan sebagai Pegawai Agihan Zakat Daerah Gombak Barat di Lembaga Zakat Selangor Cawangan Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan. Bermula Mac, 2013 sebagai Eksekutif Latihan Asnaf Daerah bagi menyelia Daerah Hulu Selangor dan Gombak. Pada tahun 2015 dilantik sebagai Ketua Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS) Ulu Yam. Seterusnya pada tahun 2017 diamanahkan sebagai Ketua Unit Pembangunan Pelajar di bawah Jabatan Pembangunan Insan dan Ekonomi (JPIE) di bawah Divisyen Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (MAIS).