AISYAH



Puteri Sulung yang diberikan nama "Aisyah". Ramai bertanya kenapa pendek sahaja?, terutama bondaku. Tidak seperti nama anak-anak sezamannya yang mempunyai 2 hingga 3 perkataan. Terlintas juga untuk aku tambah Humaira' bersempena laqab@gelaran yang diberikan kepada Saidatina 'Aisyah, isteri Rasulullah SAW. Namun pemberian nama Aisyah oleh guruku sangat bermakna untuk kami sekeluarga. AISYAH BINTI MOHD ABADI, kini telah berumur 13 tahun, dilahirkan pada tanggal 24hb September, 2000 di Hospital Selayang. Merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.

Menerima pendidikan awal Pra Sekolah di Tadika Permata Taman Sri Buloh, Paya Jaras, Selangor dan belajar di KUMON kemudian melanjutkan pelajaran ke tahap@tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Sg Pelong (SKSP) sehingga tahun 6. Dan sebelah petangnya di Sekolah Rendah Agama Paya Jaras. Setelah berjaya mendapat keputusan 4A 1B di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Jayyid Jiddan Sijil Darjah Enam (SDE), puteri sulungku diterima untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sg Buloh dalam tingkatan 1.

Teringat puteri sulungku ini minta dan selalu memanggil dirinya Humaira'... kerana terpengaruh dengan rakan sebayanya yang mempunyai nama-nama moden dan popular. Namun akhirnya ternoktah ketika puteriku berumur 6 tahun. Aku berdoa semoga Ilmu, akhlak dan imannya sehebat Saidatina 'Aisyah ra.

Minatnya suka membaca dan bermain permainan di komputerku. Tapi kebiasaannya penulis arahkan bermain permainan Playstation 2 agar jangka hayat komputer panjang. Nanti tak sudah dia main, games miniclips online.. atau terkini melayari Youtube atau Facebook dan merisaukan aku minatnya terhadap K-Pop yang menghangatkan hatiku. 

Semoga puteri sulungku ini sentiasa dipimpin dan diberikan petunjuk dan hidayah menuju kejayaan dunia dan akhirat. 

"Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Gambar - Aisyah di sebelah kanan bersama sepupunya.